PENGANTARABANGSAAN UiTM Cawangan Pahang

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti antarabangsa dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan dan menjadikan institusi tempatan menjadi terkemuka dan tersohor di peringkat dunia. Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pelan Strategik 2020 – 2025 yang telah dilancarkan pada 7 Februari 2020 mensasarkan untuk menjadi institusi pengajian tinggi terkemuka di dunia menjelang 2025.

Kerjasama antara UiTM dan pihak luar amatlah digalakkan dan ianya dimeterai dengan mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA).

Universiti Cawangan Pahang (Kampus Jengka dan Raub) juga telah mengadakan MOU dan menjalankan pelbagai kolaborasi dengan beberapa universiti antarabangsa seperti Princess of Naradhiwas University, Thailand, Kastamonu University, Turkey dan Universitas Hasanuddin, Indonesia.

Antara aktiviti kolaborasi yang dilaksanakan adalah seperti mobiliti staf dan pelajar menerusi program sangkutan dan program musim panas, memperluaskan kerjasama dalam program akademik, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan perundingan, melaksanakan projek berkaitan komuniti dan kesukarelawanan serta meningkatkan jumlah staf akademik antarabangsa.